Thursday, May 22, 2008

Jauhi dari Paksi Dadah

Umum tahu dewasa ini banyak kita diperlihatkan,pertontonkan dengan pelbagai isu semasa,kejadian kes jenayah yang meningkat,krisis sosial dan lain-lain lagi yang mana kita tidak termampu untuk mengikutinya.Dadah bukan suatu isu yang baru,ianya dah lama menular sejak zaman 70-an sehinggalah kerajaan mengistiharkan gejala ini Musuh Negara No.1 pada tahun 1981,sehingga kini ianya masih berlarutan dan menjadi penyakit sosial yang ketara.Pelbagai langkah dan cara dibuat untuk menangani isu ini hingga kita di era teknologi maklumat yang serba canggih dan terkini begitu jualah dengan Dadah ini.Dadah sekarang bukan hanya dikenali sebagai ganja,heroin,morphine sahaja ianya lebih moden dengan penghasilan dadah sintetik,pil-pil hayal untuk berhibur dicipta dan direka bagi menjamin pasaran terhadap dadah ini tidak terhapus,penggunaan dadah jenis ice atau dikenali batu,erimin 5,amphtehamine,mepathamine serta ratusan jenis yang telah dikenal pasti terdapat terdapat dipasaran gelap didalam negara.
Sehubungan dengan ini usaha-usaha untuk membasmi gejala ini janganlah diserah kepada pihak berkuasa sahaja marilah kita maysrakat yang pelbagai bangsa,agama dan budaya tidak kira tua,muda dan segenap lapisan masyarakat bersama membasmi geajala najis dadah menyahut seruan kerajaan bersama dengan jentera penguatkuasanya terutama Jabatan Agensi AntiDadah Kebangsaan,Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis DiRaja Malaysia,Kastam DiRaja Malaysia menghapuskan dadah ini hingga akar umbi sejajar dengan visi dan misi Negara Bebas Dadah 2015...Ayohlah sekalian saudara "Rakyat Bangkit Memerangi Dadah" sebagaimana kita dahulu Bangkit Menentang Penjajahan Komunis hingga Merdeka..

2 comments:

saleh.jalil said...

Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat'. Ini bermakna hubungan di antara akal (mental/spritual) dan badan (fizikal) amat berkaitrapat dan akan memberi kesan yang mendalam di antara satu sama lain. Oleh kerana itu, Islam menggesa umatnya supaya mengambil makanan yang baik dan halal termasuklah bersih dan
berkhasiat . Tegahan mengambil benda/bahan makanan yang kotor, jijik dan keji serta yang ditegah adalah jelas dilarang sama sekali termasuklah mengambil benda-benda yang memabukkan seperti dadah. Kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan mental/spritual maka ia amat mempengaruhi kesempurnaan amal ibadat seseorang. Sebagai umat Islam, kita perlu mengetahui bahawa dadah adalah sejenis ‘bahan’ kotor, najis, jijik dan keji yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan kerana sifatnya yang memabukkan/ mengkhayalkan. Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri dalam
larangan-larangan Allah S.W.T. dan ianya amat ditegah. Firman Allah S.W.T. dalam al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 berbunyi :
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …'

KimAmaN said...

ablong..chayyok3x..banteras dadah..hehehee..teruskan lg perjuangan..k..