Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah,Salam Ukhwah...

1.Saya dan isteri mengucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah 1430 kepada semua rakyat Malaysia khususnya kepada para Muslimin dan Muslimat. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan kita lebih kekuatan dan semangat untuk memperbaiki diri kita.

2.Insya'allah usaha yang mulia diberkati Allah subhanawata'ala.

3.Semoga apa yang dirancangkan akan terlaksana dengan mudah.

Sunday, December 28, 2008

Al-Fatihah...




1.Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

2.Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

3."Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,' kata beliau dalam sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini, lapor Bernama.

4.Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

5.Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

6."Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

7."Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

8.Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

9.Berkabung 40 hari

10.Katanya jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

11.Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

12."Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

13."Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,' katanya.

14.Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi esok.

15.Tuanku Ja'afar yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-10 bermula 26 April 1994 hingga 25 April 1999 diputerakan di Klang, Selangor, pada 19 Julai 1922.

16.Baginda merupakan putera kedua Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

17.Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, Kuala Pilah dari tahun 1928 hingga 1933 dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dari tahun 1933 hingga 1944.

18.Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran ke Raffles College Singapura pada tahun 1941, tetapi ia terganggu apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.

19.Semasa pemerintahan Jepun, baginda berkhidmat sebagai pegawai di Pejabat Tanah, Seremban manakala dari 1946 hingga 1947, baginda bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Rembau, Negeri Sembilan.

20.Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di Ipoh dan Pegawai Daerah di Tampin, Negeri Sembilan.

21.Tuanku Ja'afar meneruskan pengajian yang tertangguh disebabkan Perang Dunia Kedua, dengan memperoleh Ijazah Undang-undang LL.B di Universiti Nottingham, United Kingdom pada tahun 1951.

22.Semasa berada di Britain, baginda juga mengambil peluang untuk mengikuti beberapa kursus ikhtisas seperti Kursus Pentadbiran di Balliol College Oxford, Kursus Bidang Ekonomi dan Diplomat di Universiti Oxford.

23.Sebagai seorang yang dinamik dan berfikiran luas, baginda telah diamanahkan menjawat beberapa tugas penting di luar negera; antaranya sebagai Kuasa Usaha Tanah Melayu di Washington, Amerika Syarikat dan Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tetap Persekutuan Tanah Melayu ke Bangsa Bangsa Bersatu di New York dari tahun 1957 hingga 1958.

24.Baginda juga berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama dan Kounselor di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Tanah Melayu di London, dan kemudian pada tahun 1958 hingga 1962 sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di London.

25.Baginda dilantik sebagai Duta Malaysia di Republik Arab Bersatu yang beribu pejabat di Kaherah dari tahun 1963 hingga 1965 dan Pesuruhjaya Tinggi ke Nigeria dan Ghana dari tahun 1965–1967.

26.Tuanku Ja'afar menjadi Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 16 April 1976 dan sering menggesa supaya mutu pendidikan negara dipertingkatkan.

27.Baginda dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh beberapa universiti seperti Universiti Filipina (27 Julai 1990), Universiti Nottingham (21 Julai 1995), Universiti Santiago, Chile (28 September 1995) dan Universiti Brunei Darussalam (11 September 1996).

28.Baginda pernah menerima Anugerah Pingat Keamanan Dunia Sri Chin Moy Centres International pada 11 Disember 2005 yang disampaikan oleh Sri Chin Moy yang mengasaskan pertubuhan antarabangsa itu sebagai menghargai sumbangan dan jasa baginda dalam kemajuan pendidikan, perkhidmatan awam, sukan, serta memartabatkan nama Negeri Sembilan dan Malaysia di mata dunia.

29.Tuanku Ja'afar dan keluarga juga turut dikenali sebagai "Keluarga Diraja Sukan" kerana baginda sekeluarga meminati sukan kriket, tenis, badminton, skuasy, hoki dan golf di dalam dan luar negara.

30.Baginda meninggalkan Tuanku Ampuan, Tunku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin, tiga putera dan tiga puteri iaitu Tunku Dara Naquiah, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin, Tunku Imran, Tunku Jawahir, Tunku Irinah dan Tunku Putera Nadzaruddin.

31.Diarah bayar AS$1 juta

32.Keluarga diraja Negri Sembilan yang diterajui oleh Tuanku Ja’afar mempunyai pegangan dalam beberapa buah syarikat, termasuk Antah Holdings, sebuah konglomerat yang terbabit dalam bidang kewangan, industri minyak dan gas serta dalam bidang pembuatan.

33.Pada 15 Oktober lalu, Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja hari ini mengarahkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, membayar AS$1 juta (AS$1 = RM3.4) kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) selepas memutuskan Tuanku Ja'afar perlu mematuhi terma-terma dalam surat kredit.

34.Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja'afar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.

35.Saman itu dikemukakan setelah Tuanku Ja'afar, pada atau kira-kira pada 12 Februari 1999, memperoleh melalui Standard Chartered Bank, satu surat kredit tunggu sedia (SBLC) bernilai AS$1 juta untuk Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika sebagai kemudahan kredit yang diberi kepada sebuah syarikat Amerika dikenali sebagai Texas Encore LLC (TEC).

36.TEC, yang bergiat dalam bidang pengeluaran getah tayar, sepatutnya menggunakan wang itu bagi membuka dan mengendalikan sebuah kilang yang terletak di kawasan kilang Ford Motors, di Detroit, Michigan, Amerika.

37.Al-Fatihah,dari Allah kita datang kepadanya kita kembali...
38.Sumber Ihsan Malaysiakini.

Saturday, December 20, 2008

IJN di swastakan...



1. Kerajaan telah mengambil langkah positif dengan ingin menswastakan IJN(Institut Jantung Negara)umum tahu IJN merupakan tempat bagi rakyat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan.

2. Sekiranya hal ini benar-benar terjadi,ia akan mendatangkan masalah kepada kita semua jika ingin mendapatkan rawatan kerana pengurusan telah berbeza.

3. Sime Darby Berhad merupakan badan korporat yang terkenal dengan membuat keuntungan jika ekuiti IJN diambil alih sebanyak 51% banyak perbezaan nanti akan muncul terutama cas dan kos

4. Kita berharap kerajaan akan menimbalnya semula dari semua sudut,langkah yang positif bersama anjakan komited harap berterusan.

Saturday, December 13, 2008

terima kasih dato'seri dan teman-teman...







1.Terima kasih daun keladi buat dato'seri dan datin seri di atas penyempurnaan majlis yang diadakan.

2.Tidak terhingga merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih buat teman-teman seperjuangan yang berhempas pulas menjayakan majlis ini serta seluruh warga kerja AADK Johor dan Putrajaya.

3.Semoga usaha kita ini diberkati Allah s.w.t...aminnn

Tuesday, December 9, 2008

takziah diucapkan







1.Perkara ini saya sedar pada jam 9.30pg sewaktu saya buka komputer, 1 laporan dari internet melaporkan,saya mengucap panjang serta beristighfar.
2.Kepada ahli keluarga mangsa tragedi diucapkan takziah serta banyakkan bersabar inilah dugaan Allah s.w.t di bulan Zulhijjah yang mulia ini sempena pula kedatangan eiduladha.
3Sesungguhnya manusia merancang,tapi Allah s.w.t lagi merancang dan perancangan Allah itu adalah maha hebat.
4.Setiap tragedi yang berlaku pasti ada tersurat dan tersirat kita bermohon kepada Allah s.w.t mengampuni segala dosa-dosa yang kita lakukan,nauzubillah...
5.Tragedi ini menyebabkan hampir kesemua penduduk di bukit anatarbangsa diarahkan berpindah serta mengosongkan rumah kerana aspek keselamatan ini dikeluarkan oleh pihak PDRM.
6.Kepada pasukan petugas keselamatan,penyelamat seperti PDRM,DBKL,BOMBA,ATM,HOSPITAL,RELA serta lain-lain agensi diucapkan jutaan terima kasih kerana rela bertugas demi negara walaupun dengan tibanya hari raya eiduladha sanggup berkorban masa,tenaga dan ruang demi tugas syabas dan tahniah diucapkan.
7.Tidak dilupakan jua kepada ahli keluarga mangsa nahas bas ekspres jalan raya di tangkak dengan meragut nyawa 10 orang takziah dan saya bersimpati.
8.Kepada Rakyat Malaysia sekalian,marilah kita bersama berdoa memohon keampunan,memelihara kedamaian,ketenangan serta sejahtera bumi tercinta Malaysia...

Saturday, December 6, 2008

Selamat eidul adha







1.Untuk muslimin dan muslimat diucapakan selamat menyambut eiduladha,untuk keluarga dikg maaf kali ini tak sempat untuk pulang ke kg kerana kekangan kerja dan tugas.
2.Terasa sebak dan pilu hati ini bila melihat akan laporan dan berita jemaah kita di tanah suci,ada antaranya yang tidak berkesempatan iaitu meninggal dunia dan ada yang terlalu uzur.
3.Saya doakan agar jemaah kita mendapat haji yang mabrur dan barakah,dan saya juga merancang ingin menghantar kedua orang tua saya ke Mekah al-mukaramah mengerjakan haji insyaallah nanti,moga Allah s.w.t kabulkan hajat saya.
4.Raya haji ini merupakan satu pengajaran yang besar bagi kita,khasnya dalam memperingati pengorbanan Nabi Allah IBRAHIM DAN ISMAIL yang tiada tolok tandingnya.
5.Marilah kita bersama mengambil pengajaran yang berguna serta panduan pada masa hadapan.Apa yang penting jangan mudah lupa diri.
6.Untuk seluruh umat islam selamat eidul adha,perjuangan memerlukan pengorbanan...

Thursday, December 4, 2008

ada teman baru..







1.Suasana kat rumah gamat dengan suaranya maklumlah sebelum ni sunyi aje.
2.Saya terhibur dengan telatahnya,igauan yang mengusik.
3.Isteri saya jangan cakaplah amat terhibur sekali walau kepenatan bekerja.
4.Baru saya teringat macamana orang yang ada anak ramai tentu meriah sakan...

tentu sakan,,,.
5.Doakan saya sekeluarga murah rezeki..aminnn

Tuesday, December 2, 2008

cerianya...







suasana yang selesa dan kondusif membuatkan kita seronok bekerja...

Thursday, November 27, 2008

maaf bz sangat kerja...

Penulis hampir tenggelam dek kerana kesibukan bekerja tugas harian yang tidak henti ada,sekarang musim cuti sekolah maka kurang sedikit kepenatan diatas jalan raya melayan jem waktu puncak..
Jadi sekarang kena cari masa untuk bercuti dengan family,lupakan soal kerja jika cakap pasal kerja ni sampai mati pun tak selesai apa yang pnting pengurusan masa dan wang itu yang perlu.
Dan tak lama lagi musim haji akan tiba dan kita akan beraya sekali lagi oleh itu langkah penjimatan perlu dibuat agar tidak hilang bajet kemudian nanti,dengan penurunan harga minyak dapat membantu kita dalam mengurus pelbagai urusan dan perkara.
Gunakan kesempatan yang ada ini dengan sebaik-baiknya..selamat bercuti cuti...

Thursday, October 9, 2008

SALAM EIDUL FITRI ALMUBARAK

Eidulfitri tahun ini di sambut bersama keluarga di kampung,tahun ini merupakan tahun pertama saya menyambut dikampung bersama isteri,hampir 3 tahun tidak pulang beraya dikampung terasa kemeriahan dan kegembiraan bersama ayah,ibu dan adik-adik serta saudara mara.
Pada tahun ini juga jika dilihat sambutan eidulfitri ini amat terasa bermula dari pulang ke kampung yang memakan masa hampir 12 jam memang cukup memenatkan tetapi terhibur juga dengan disajikan pemandangan suasana dalam pemandangan,isteri saya saya cukup gembira dan seronok mana tidaknya pada kali ini kampung berada pada perjalanan yang memakan masa.
Saya juga pulang bersama adik perempuan dan lelaki bersama anak saudara kembar sepasang yang cukup mencuit hati maklumkah saya mengamalkan kongsi kereta jimat berbelanja cuma perlukan pada kenderaan yang besar.
Syukur alhamdulillah perjalanan saya selamat sampai,terasa kepenatan yang tak terkata,belanja raya pada kali ini memang terasa walaupun harga minyak turun tapi harga barang masih tidak turun mengeluh juga dibuatnya tapi apakan daya hari raya punya pasal relakanlah.
Suasana dikampung berbeza dengan di bandar,ibu saya banyak bercucuk tanam yang asas jadi tak perlu membeli sangat disini langkah penjimatan telah dibuat,di pagi raya selepas solat eidulfitri sesi bermaafan dan bergambar keluarga dan menyambut saudara mara yang hadir berkunjung.
Jalan raya sesak teruk ini membuktikan perantau-perantau pulang berhari raya bersama keluarga bermula akhir ramadhan hingga awal syawal jangan cakaplah sampai stesyen minyak kehabisan minyak memang mendadak pertamban kenderaan pada kali ini.
Kepada ayahanda,bonda tersayang ampun maaf dipinta jika ada selama ini terkasar bahasa,mengguris hati dan terkilan anakanda mohon harap dimaafi semuanya bukan atas kerelaan dan maksud begitu juga dengan adik-adikku sekalian ampun maaf dipinta.
Keapad saudara-saudara salam eidulfitri maaf zahir dan batin jadikan hari raya ini hari istimewa bersama keluarga dan sanak saudara.

Thursday, September 25, 2008

BERAKHIRNYA RAMADHAN AL-MUBARAK TIBANYA SYAWAL

Tinggal hanya beberapa hari lagi ramadhan almubarak akan menutupkan tirainya meninggalkan kita,rasa pilu,sedih dan hiba meninggalkan kesan kepada kita pastinya ia penuh dengan onak dan duri,manisnya iman jika kita memanfaatkan sepenuhnya,saya pun turut berdukacita untuk meninggalkan bulan yang penuh mulia entah sempat tahun depan bertemu lagi.
Dalam ramadhan ini banyak mengajar kita akan erti keinsafan,pengorbanan,ujian ketahanan diri,dapat bertemu hampir dengan saudara-saudara kita yang berniaga mencari rezeki.
Walaubagaimanapun inilah hari kemenangan kita untuk meraikannya bersama tibanya syawal bulan kemenangan setelah sebulan kita berjuang bertarung dengan hawa nafsu serakah,menahan lapar dan dahaga atas tuntutan syariat islam kita berjaya mengimplimentasikan dan menterjemahkan kepada yang insan yang terbaik.
Harapan saya kepada diri sendiri dan saudara sekalian,marilah kita bersama menginsafi,hargai setiap erti perjuangan dan perbuatan agar kita mendapat ganjaran dari Allah swt dengan sebaiknya,moga jua malam lailatul qadar dapat kita berjumpa dan dapat beramal dimalamnya sepenuh...insyaalah..Selamat menyambut lebaran aidilfitri hari raya dalam islam hari penuh kemenangan bagi umat islam...salam aidilfitri maaf zahir dan batin buat saudara-saudara sekalian dimana jua berada tanpa kira lapangan dan tempat...amin...

Wednesday, September 10, 2008

raikan ramadhan al-mubarak

Saya hari ini terasa sedikit kepenatan,mungkin saudara yang lain terasa jugak mana taknya siang kerja pergi dan balik melayan jem kat opis banyak kerja yang dibuat hingga time rehat pun tiada beza cukup time, balik dan beginilah hingga akhir ramadhan gayanya.
Tapi jika begini setiap hari asyik alasan penat untuk berterawikh alamatnya rugi jika tak ambil fadhilat ramadhan ini,saya pun suka ingatkan pada diri saya agar rebut peluang yang ada ini serta kesempatan jangan diabaikan.Jangan dihabiskan waktu malam hari dengan rancangan tv dan aktiviti yang tidak berfaedah ini akan menggelapkan kita dan mudah alpa,ibu saya ada berpesan jangan tinggal terawikh dia datang hanya sekali dalam setahun.
Rebutlah peluang ini dengan sebaiknya,ambil iktibar dari pengajaran yang lalu mudah-mudahan kita berjumpa malam lailatul qadar insyaallah..bersediakan kita semua..tepuk dada tanya iman.

Tuesday, September 9, 2008

ramadhan doa berkat

Dalam bulan ramadhan ini kita banyak diuji dengan ketahanan mental dan fizikal apatah lagi ujian itu menguji keimanan kita,saya boleh dikatakan setiap ramadhan pasti ada sesuatu yang berlaku menguji iman dan diri saya,sesungguhnya kepada allah swt kita berserah dan bertawakal.
Dan apa yang paling utama,senjata yang terbaik untuk kita dapatkan bantuan adalah dengan berdoa kepada allah swt,jika kita teraniaya insyaallah doa kita dimakbulkan tanpa hijab,inilah antara hikmah dalan bulan ramadhan ini fadhilat dan ganjaran melimpah ruah tanpa kita sedari.
Apabila perujian ini datang maka banyakkan berdoa dan tawakal allah swt pasti akan menolong akan hamba-hambanya yang teraniaya..banyakkan amalan bersedekah dan tadarrus al-quran akan menguatkan lagi mental dan fizikal.
kepada saudara saudara sekalian selamat berjuang....

Wednesday, September 3, 2008

selamat menyambut bulan penuh berkat..ramadhan

Assalamualaikum saudara sekalian,sihat alhamdulillah sejahtera baik syukur kita dapat bertemu kembali dengan bulan 1000 rahmat,bulan kemulian bulan ramadhan tentu ramai antara kita yang telah lama bersiap menanti akan kedatangan ramadhan ini.
Bulan Ramadhan jika kita lihat di negara indonesia,sambutannya amat meriah program tv bermula siaran hingga ke sahur penuh dengan program kerohanian,intelektual,pengajaran dan bimbingan kepada penonton,saya selalu juga menonton siaran sctv,rcti banyak program keagamaan yang menarik dan ini saya selalu bertanya kenapa siaran tv di negara kita tidak seperti di negara indonesia,saya tidak bermaksud untuk menyebelahi mana-mana pihak tapi diambil kira maksud erti kata sambutan ramamdhan dan fadhilatnya...
Saya mengakui rancangan tv di negara kita tidak kurang hebatnya,tapi masih kurang berbisa berbanding dengan apa yang saya maksudkan tadi,kita sebagai penonton sentiasa menunggu serta menanti rancangan-rancangan yang ilmiah dan proaktif dan program seperti ini akan lebih memberi impak di dalam bulan ramadhan yang mulia ini.
jadi bulan ramadhan bulan untuk kita beribadat dengan amalan yang baik,fadhilatnya yang tidak terhingga kerana dibulan ramadhan ini terdapat satu malam yang amat istimewa.
Ramadhan juga mengajar kita bersederhana,ala kadar dalam berbelanja jangan menurut hawa nafsu jika diikutkan hati warung kedai pun mau di beli,ingatlah ini adalah pengajaran bagi kita untuk sentiasa mengingati dengan nasib yang kurang baik,orang miskin dan papa turut sama dalam seruan allah swt ini.
Dalam ramadhan ini juga kita akan lihat banyak bazar-bazar di buka,peluang perniagaan dan rezeki bertambah bagi yang rajin akan dapat hasilnya,banyak orang-orang akan bersedekah di masjid,surau di waktu malam hari solat terawikh berjamaah memang nampak akan fadilatnya yang maha kaya..
Saya kesempatan ini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia,bulan penuh kerahmatan bulan ibadah kepada saudara/i muslimin/muslimat dan seluruh umat islam amin ya rabbal alamin.

Monday, August 18, 2008

musim cuti sekolah & olimpik beijing


Sekarang ni musim cuti sekolah telah bermula maka banyaklah jemputan kahwin yang diterima sana sini,penulis baru saja selesai majlis perkahwinan adik ipar,meriah sungguh sahabat handai,rakan taulan dan saudara mara datang berkunjung bagi memriahkan majlis perkahwinan,penat terasa belum hilang lagi tapi apakan daya kerja hakiki perlu dibuat demi amanah yang diterima.
Dilihat kepada senario perkahwinan sekarang banyak modal yang diperlukan bukan sikit belanjanya,dengan peningkatan harga barang terutama beras,daging,ayam rempah ratus dan pelbagai lagi membuatkan kita terkedu.Tapi apa boleh buat yang penting kita mesti pandai berbelanja dengan berhemah.
Kepada kawan-kawan,sahabat handai dan saudara mara yang datang ke majlis perkahwinan adik ipar penulis diucapkan ribuan terima tidak dilupakan juga bantuan bersama dari Semua Residen PKAADKJB dari majlis rewang sampai tamatnya majlis perkahwinan bertungkus lumus menjayakan jika tiada dari bantuan saudara semua tiadalah sempurna majlis ini hingga selesai..i love u all..bro.serta tidak dilupakan juga dari Pusat Serenti Tampoi Johor Bahru yang memberi kerjasama dari band muzik,kompang dan caterer syabas dan terima kasih kepada Tuan Komandan dan pegawai-pegawainya memberi izin dan penuh kerjasama yang baik.
Dan diucapkan jutaan tahniah kepada pejuang kita di beijing saudara lee chong wei yang mendapat pingat perak bukan satu halangan yang mudah untuk ke tahap itu..syabas diucapkan.Kita patut amat berbangga di atas kejayaan beliau..dan luangkan musim cuti sekolah ini dengan keluarga tersayang dengan sebaiknya.

Monday, August 11, 2008

KERJA ITU IBADAH

Sekarang bukan senang nak dapat kerja yang sesuai dengan kelayakan akademik,minat dan hobi tidak boleh dijadikan platform yang terbaik..
Apa yang penting pengalaman dan kemahiran yang baik itu menjadi teras dan ukuran bagi sesebuah organisasi dan jabatan samada sektor kerajaan dan swasta...
Oleh itu wahai saudara sekalian marilah kita tekadkan nawaitu dan falsafah kita agar menjadikan kerja itu satu ibadah dengan itu kita akan mendapat rahmat dan hikmah disebaliknya..
Apabila niat sudah betul barulah kita akan dapat keseronokan bekerja yang maksimum serta prestasi yang cemerlang,..Seperti mana jika kita lihat diMahkamah ada slogan yang diteraskan iaitu 'BUAT KERJA',..Zaman sekarang bukan senang nak dapatkan kerja jika tiada apa yang disebutkan tadi alamatnya masuk air dibuatnya...
Selamat Berkerja buat semua saudara..

Thursday, July 17, 2008

Menambah pendapatan

Hari ini apabila kita pergi ke mana-mana,isu kenaikan harga minyak menjadi perbualan dan dalam hal ini kenaikan harga barang yang mendadak telah meningkat serius, oleh itu kita perlu bijak berbelanja serta mengurus jika tidak belum cukup bulan bajet dah lari.

Menambah pendapatan adalah salah satu kaedah untuk menampung perbelanjaan seharian tetapi perlu ingat jika tersalah memilih alamatnya kerugian menimpa, jika di lihat pasaran internet terdapat banyak site yang mengajak pengunjung mencuba nasib,menjadi ahli, apa yang penting sekarang janji duit bertambah, sayugia diingatkan banyak orang muflis akibat dari kebobrokan dan sifat tamak.

Jika first impression kita tersalah memilih jadilah kita golongan yang kerugian oleh itu perlu ada kaedah yang wacana serta mengimplimentasikan setiap percaturan sifir hidup dengan bijaksana, berita gembira bagi kakitangan awam, kerajaan memberi kelonggaran serta permit untuk berniaga dan harus ingat ia jangan menjejaskan kerja hakiki.

Kita perlu bijak memilih dan pintar dalam membuat keputusan, sekonyong-konyong berkata alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan dan judikan hidup ini bagai telor di hujung tanduk, menanti retak yang rapuh jadikan persekitaran yang kondusif ini elemen untuk kita terus memacu langkah ke arah matlamat yang dicapai.

Natijahnya,kita harus ingat pengurusan ekonomi yang cekap datang dari disiplin yang baik, jati diri dan berintegriti dapat membuahkan hasil yang gemilang .

Selamat menjana pendapatan...

Monday, May 26, 2008

Pemakaian Gelang Bermagnet

Adakah ini menjadi satu trend,budaya atau pemakaiannya menurut spesifikasi kesihatan....kita renungkan bersama agar ia tidak keliru dan disalah ertikan....

"Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.


Syarat-syarat tersebut:

bullet button pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,


bullet button pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.

bullet buttongelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.

bullet buttonjika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.



Menurut Bernama, pandangan ketua penolong mufti diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perak."

Thursday, May 22, 2008

Jauhi dari Paksi Dadah

Umum tahu dewasa ini banyak kita diperlihatkan,pertontonkan dengan pelbagai isu semasa,kejadian kes jenayah yang meningkat,krisis sosial dan lain-lain lagi yang mana kita tidak termampu untuk mengikutinya.Dadah bukan suatu isu yang baru,ianya dah lama menular sejak zaman 70-an sehinggalah kerajaan mengistiharkan gejala ini Musuh Negara No.1 pada tahun 1981,sehingga kini ianya masih berlarutan dan menjadi penyakit sosial yang ketara.Pelbagai langkah dan cara dibuat untuk menangani isu ini hingga kita di era teknologi maklumat yang serba canggih dan terkini begitu jualah dengan Dadah ini.Dadah sekarang bukan hanya dikenali sebagai ganja,heroin,morphine sahaja ianya lebih moden dengan penghasilan dadah sintetik,pil-pil hayal untuk berhibur dicipta dan direka bagi menjamin pasaran terhadap dadah ini tidak terhapus,penggunaan dadah jenis ice atau dikenali batu,erimin 5,amphtehamine,mepathamine serta ratusan jenis yang telah dikenal pasti terdapat terdapat dipasaran gelap didalam negara.
Sehubungan dengan ini usaha-usaha untuk membasmi gejala ini janganlah diserah kepada pihak berkuasa sahaja marilah kita maysrakat yang pelbagai bangsa,agama dan budaya tidak kira tua,muda dan segenap lapisan masyarakat bersama membasmi geajala najis dadah menyahut seruan kerajaan bersama dengan jentera penguatkuasanya terutama Jabatan Agensi AntiDadah Kebangsaan,Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis DiRaja Malaysia,Kastam DiRaja Malaysia menghapuskan dadah ini hingga akar umbi sejajar dengan visi dan misi Negara Bebas Dadah 2015...Ayohlah sekalian saudara "Rakyat Bangkit Memerangi Dadah" sebagaimana kita dahulu Bangkit Menentang Penjajahan Komunis hingga Merdeka..