Friday, December 11, 2009

Muhammad Zulfahmi Darwisy



Adalah dengan ini dimaklumkan anakanda saya selamat dilahirkan pada 03.12.2009 / khamis jam 2349hrs di Hospital Pakar Puteri KPJ Johor Bahru.Berat 2.84kg Nama resminya Muhammad ZulFahmi Darwisy,terima kasih diucapkan kepada teman-teman yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anak dan isteri saya semoga Allah swt membalasnya.

Saturday, October 3, 2009

Mesej Allah daripada Gempa harus difahami

Oleh Ahmad Baei Jaafar

Gempa bumi berukuran 7.6 pada Skala Richter di Padang Sumatera Rabu lalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka terutama yang selamat. Melihat kepada bangunan yang runtuh dan ranap, mereka tidak percaya bahawa mereka masih boleh hidup.

Badrulamin Mohd Sharif, 30, dari Kuala Lumpur yang selamat sampai dari Padang pagi tadi berkata beliau dan enam orang anggota keluarga (dua anak perempuan, isteri, ibu mertua dan dua adik ipar perempuan) bercuti di daerah itu sejak Khamis minggu lalu.

"Ketika sedang membeli-belah di Kompleks Pasar Bukit Tinggi, secara tiba-tiba bangunan itu bergegar dan kelihatan orang ramai lari keluar dan menjerit gempa," katanya.

Cemas melihat kejadian itu, beliau membawa semua anggota keluarganya bergegas keluar dari kompleks itu dan melihat orang ramai berlari ke kawasan lapang kira-kira 100 meter dari kompleks terbabit.

"Alhamdulilah, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada yang cedera, selepas dapat maklumat daripada pihak kedutaan Malaysia di sini, saya sekeluarga dibenar pulang bersama-sama pelajar Malaysia ke tanah air," katanya.

Badrulamin sekeluarga yang menaiki pesawat CN235 TUDM berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau bersama-sama pelajar Malaysia pada kira-kira pukul 6 pagi waktu Malaysia.

Beberapa orang mangsa yang cedera dalam kejadian itu turut bersyukur kerana masih diberi peluang hidup di dunia ini. Pelancong bukan Melayu yang baru memasuk bilik hotel pada petang hari kejadian tiba-tiba tercampak ke dalam kolam mandi. Dengan bantuan pekerja hotel itu beliau berjaya dikeluarkan dari bangunan itu.

Banyak lagi cerita aneh dan mengejutkan dapat kita dengar dari mangsa yang pulang dari bumi Padang itu. Namun berapa ramai yang dapat merasai mesej yang Allah kehendaki daripada peristiwa itu. Allah mengungkap kata-kata orang beriman, "Tuhan kami, tidaklah Kamu menciptakan sesuatu itu saja-saja, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada api neraka."

Umat Islam apatah lagi mereka yang terlibat harus sedar bahawa Allah bila-bila masa boleh berbuat sesuatu terhadap manusia dan alam ini tanpa memberi amaran. Sudah bersediakah kita dengan amalan kebaikan dan meninggalkan dosa dan maksiat sebelum ditimpa bencana?

Malanglah mereka tanpa sebarang persiapan tiba-tiba mati dalam keadaan hina dalam gempa bumi seperti ini. Walaupun negara kita bukan negara gempa bumi, kita tidak boleh berasa selamat kerana bunga-bunganya sudah ada. Beberapa bangunan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor pernah mengalami gegaran walaupun tidak runtuh.

Jadi, elakkan diri kita daripada kemurkaan Allah, Tuhan kita.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Tuesday, September 29, 2009

Renungan...untuk kita semua Besarnya Neraka Jahanam

Besarnya Neraka Jahanam.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yg ia tidak biasa, datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu besar untuk bersuka-suka, sebelum ia merasa aman daripadanya. " Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam. "Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan. " Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda. "(iaitu yg lebih bawah lebih panas).

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha.
Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.
"Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh? "Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat. "Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka? "Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu. "Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Nastaghfirullah.
Mudah-mudahan peringatan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam

Saturday, September 26, 2009

selamat menyambut eidul fitri 1430H







selamat menyambuat edul fitri 1430 h,semoga syawal ini memberi pengertian yang besar dalam hidup kita...tahun ini beraya dirumah mak mertua petang raya pertama balik kampong di jerteh terengganu...selamat edulfitri maaf zahir dan batin buat semua teman-teman.

Friday, September 11, 2009

Rahsia Al-Fatihah

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

Nukilan: Alang Aminah Mahyudin (a2aminah@yahoo. com.au)
Di rakam dari syarah : Ustaz Hj Ashaari Muhammad

Tuesday, September 8, 2009

Tahap dan Tingkatan Puasa

Bulan Ramadan semakin meninggalkan kita. Saat artikel ini ditulis, sudah masuk hari yang ke 18. Bagaimanakah dengan puasa kita. Ditahap "tadika" , "sekolah rendah" , "sekolah menengah " atau "universiti". Masing2 melalui ramadan mengikut tahap keimanan dan ketakwaannya. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Firman Allah swt:

ولكل درجات مما عملوا

"Dan setiap orang yang beramal mempunyai tahap dan tingkatan yang tertentu." (Al-'Anam : 132)

Kebanyakan kita hanya melalui "ramadan primary school" iaitu hanya menahan lapar dan dahaga. Adakah ini sudah memadai untuk membolehkan puasa kita diterima. Cuba kita renung hadis ini:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الّزُوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةً فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

"Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak elok maka Allah tidak memerlukan (memberi pahala) terhadap meninggalkan makan dan minum." (Hr Bukhari - sahih)

Hadis dibawah ini lebih menjelaskan lagi apakah puasa yang sebenar. Nabi saw bersabda:

لَيْسَ الّصِيَامُ مِنْ الّطَعَامِ وَالّشَرَابِ إِنَّمَا الّصِيَامُ مِنَ الّلَغْوِ وَالّرَفَثِ

"Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha dan tidak bercakap perkataan yang keji." (Hr Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi - sahih)

Setelah kita membaca kedua hadis ini, kita mesti merenung dan mengingati kembali segala puasa-puasa kita sebelum ini. Bagaimana dengan puasa kita selama ini. Cuba kita lontarkan persoalan-persoalan ini:

1. Adakah kita masih mengumpat (walaupun benar) dan mengata keburukan orang lain semasa puasa? Memaki dan mencerca orang lain?
2. Adakah kita masih memandang perkara yang haram semasa puasa? melihat movie yang mengandungi gambar yg boleh menyeronokkan nafsu syahwat kita? kebanyakan drama, filem dll ada perkara ini.
3. Adakah kita masih melakukan hubungan cinta semasa puasa ?
4. Adakah kita mendengar lagu-lagu yang haram atau mendengar orang yang mengumpat ketika puasa?
5. Adakah kita menggunakan tangan dan kaki kita untuk perkara yang haram?

Kalau ada salah satu perkara diatas, maka dikhuatiri pahala amalannya lenyap begitu sahaja. Habislah penat lelah dia berpuasa. Renungilah hadis dibawah ini:

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوْعُ وَالْعَطَش

"Ramai orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja." (Hr Ibnu Majah - hasan sahih)

Semestinya kita merasa takut dan bimbang termasuk dalam orang yang tidak diterima puasa dan amalannya. Inilah sikap para ulama salafus soleh yang begitu bimbang amalan mereka tidak diterima walaupun mereka telah melakukan yang terbaik. Abdullah Ibnu Umar berkata:

"Kalaulah aku mengetahui Allah sudah menerima daripadaku satu sujud atau satu dirham sedekah , pasti kematian lebih aku cintai dari segalanya."

Seorang sahabat Nabi saw Fudalah ra juga berkata:

"Kalau aku tahu Allah telah menerima amalanku sebesar biji zarah lebih aku sukai dari dunia dan seisinya."

Oleh itu kita kena sentiasa menilai kembali puasa kita, ditahap manakah ia? kalau kita sudah dapat memelihara anggota kita dari perbuatan yang tidak elok semasa puasa maka kita sudah layak ke tahap pertengahan atau kita sebut "sekolah menengah".

Bagaimakah untuk kita melayakkan puasa kita ditahap "universiti". Kita bukan sahaja menjaga anggota kita semasa puasa malahan menjaga hati kita dari selain dari Allah. Inilah jawapan seorang Soleh, bila ditanya "Kamu puasa dari apa?" lalu beliau menjawab:

أن الصائم عما سوى الله

"Aku menahan diri dari mengingati selain dari Allah."

Kesimpulan

Marilah kita sama-sama meningkat kualiti puasa kita. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Ini bagi memastikan amalan kita diterima. Ramai orang yang diberi kekuatan untuk beramal tetapi tidak ramai amalannya yang diterima. Imam Ibnu "Ataillah as-Sakandari berkata:

رُبَّمَا فَتَحَ لَكَ بَابَ الّطَاعَةِ وَلَمْ يَفْتَحْ لَكَ بَابَ الْقَبُوْلِ

"Kemungkinan Allah membuka pintu amal untuk kamu dan Allah belum membuka pintu penerimaan amalan untukmu."

Penerimaan amalan memerlukan keikhlasan dan bertepatan dengan apa yang dituntut oleh syara'. Kita mesti menuntut ilmu untuk memastikan amalan kita bertepatan dengan syariat dan bagaimana utuk mencapai keikhlasan. Oleh itu sama-samalah kita turun belajar menambah ilmu di kelas-kelas pengajian. Sunnah dalam menuntut ilmu adalah belajar berguru secara berdepan seperti mana Nabi terima wahyu dari Jibril dan para sahabat belajar dari Nabi saw. Nabi saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُرُيْدُ إِلَّا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يُعَلِّمَهُ كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍ تَامٌّ حَجَّتُهُ

"Sesiapa yang pergi ke Masjid waktu pagi hanya semata-mata menuntut ilmu yang baik atau mengajarnya dia mendapat pahala orang yang menunaikan haji yang mana sempurna hajinya." (Hr Hakim dan Tabrani - Hasan)

Kenapa pahala sebesar ini tidak diberikan kepada orang yang menambah ilmu dgn pembacaan? Cuba fikir... InsyaAllah saya akan jawab dalam tajuk belajar secara berdepan dengan guru. Tidak salah membaca, malahan digalakkan tapi jadikan ia sebagai tambahan bukan yang utama.

TINGKATKAN KUALITI PUASA KITA

Rujukan: Tafsir Sofwatut Tafasir oleh Sobuni, Lataiful Ma'arif oleh Ibnu Rajab dan Makhawifus Solihin Min adamil Qabulil A'mal oleh Dr Muhammad Azuz .


Sumber oleh:

Posted by akhisalman

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Friday, August 21, 2009

ahlan wa sahlan ramadhan almubarak

Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak bulan penuh kenikmatan,pengampunan dan kehebatan kepada muslimin dan muslimat di mana jua berada teruskan jihad kita melawan hawa nafsu serakah,kuatkan iltizam supaya berjaya dengan gemilangnya menjadi insan yang soleh..salam ramadhan

Monday, August 17, 2009

AL-FATIHAH ANAKANDAKU NORSAFIKA




Anakandaku Puteri Tersayang Norsafika telah kembali ke Rahmatullah pada jam 8.00mlm bertarikh 07.08.09 bersamaan 16 Syaaban 1430 H kerana Severe Pneumonia With Underlying H1N1 Infection.

Pemergiannya amat dirasai hilangnya permata hati gurindam jiwa disaat kegembiraan dan kebahagiaan dikecapi,buat anakandaku tersayang semoga berada ditaman-taman syurga hadirmu memberi impak yang amat bererti dalam hidup kami...al-fatihah...

Tuesday, July 21, 2009

Monday, July 13, 2009

Gaji adalah hak individu...

Soalan:
ADAKAH gaji isteri adalah hak mutlak suami, bermakna setiap perbelanjaan isteri terhadap gajinya sendiri perlu meminta izin suami terlebih dahulu dan isteri tidak boleh berbelanja tanpa pengetahuan suami?

Jawapan:

Gaji isteri bukan hak mutlak suami, begitu juga gaji suami bukan hak mutlak isteri. Gaji yang diperoleh oleh setiap individu melalui pekerjaan yang dilakukan adalah hak individu.

Ini adalah kerana gaji adalah hasil titik peluh masing-masing dan tidak boleh dianggap gaji isteri sebagai gaji suami dan gaji suami sebagai gaji isteri.

Dalam urusan rumah tangga maka suamilah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyedia makan minum, tempat tinggal dan keperluan-keperluan asas bagi sebuah keluarga.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya) . Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.(al-Nisa':34)

Namun hari ini, kita lihat kebanyakan suami isteri berkerja. Adakalanya selepas perkahwinan suami meminta isteri berhenti kerja supaya dapat memberi tumpuan kepada urusan rumah, lebih-lebih lagi sekiranya sudah mempunyai zuriat.

Ada pula suami yang meminta isterinya kerja supaya dapat meringankan tanggungannya memandangkan pendapatannya yang sangat terhad.

Biarpun kaum lelaki sepatutnya bertanggungjawab dalam semua hal urusan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam urusan mencari rezeki, namun tidak salah kalau dibantu oleh isteri bagi meringankan bebanan suami.

Kadang-kadang lahir pandangan bahawa duit gaji masing-masing punya, gaji suami untuk keperluan suami manakala gaji isteri bagi keperluan isteri, maksudnya suami jangan campur pendapatan isteri dan isteri tidak akan mencampuri pendapatan suami.

Sebenarnya pandangan sebegini boleh merosakkan keharmonian rumah tangga, ini kerana suami isteri mula hidup berkiblatkan material dan hidup untuk kepentingan peribadi.

Dari awal lagi, sebagai seorang suami kena faham bahawa isteri berkerja untuk meringankan suami bukan untuk melepaskan tanggungjawab suami. Adalah salah sekiranya suami menggangap bahawa gaji isteri adalah hak mutlaknya.

Antara yang perlu difahami ialah suami berpendapatan tinggi dan isterinya juga berkerja tidak melepaskan si suami daripada menanggung keperluan isteri, anak-anak dan rumah.

Soalan 2:

Sekiranya gaji isteri adalah hak mutlak suami, bolehkah disamakan gaji isteri sebagai nafkah? Bermaksud sudah memadai sekiranya isteri menggunakan gaji sendiri untuk keperluan diri dan anak-anak, maka suami tidak perlu lagi memberi nafkah?

Jawapan:

Pendapatan isteri tidak boleh dianggap sebagai hak mutlak suami ini kerana pendapatan itu hak isteri secara mutlak. Hak mentadbir kewangan isteri akan berpindah sekiranya isteri gagal mentadbir kewangan secara betul. Selain dari itu adalah hak isteri mengurus kewangannya.

Pendapatan isteri atau gaji isteri adalah untuk membantu suami dalam meringankan bebanan itupun jika suami tidak mampu menanggung kesemua kos pengurusan keluarga.

Namun, sekiranya ada suami yang beranggapan gaji isteri untuk menanggung segala kos keluarga dan suami lepas tangan adalah tidak betul dan sikap sebegini sikap yang tidak bertanggungjawab.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.(al-Talaq: 6-7).

Di dalam kedua-dua ayat ini Allah SWT memperincikan tanggungjawab seorang suami ke atas isteri dan keluarganya. Apa yang penting dalam mengemudi bahtera rumah tangga, ialah memahami peranan masing-masing, suami memahami peranannya dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, isteri juga perlu faham dan memahami tanggungjawabnya dalam membantu dan meringankan bebanan suami. Inilah di antara kunci keharmonian rumah tangga.

Di Petik dan Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Sunday, July 5, 2009

1.6 Juta tempah tiket percuma hadiri peringatan terakhir MJ




LOS ANGELES: Sejumlah 1.6 juta orang menempah tiket untuk menyaksikan majlis terakhir memperingati raja pop, Michael Jackson di bandar raya ini Selasa ini, selepas ia ditutup semalam.

Bagaimanapun, majoriti mereka akan kecewa kerana hanya 11,000 tiket diedarkan berikutan tempat yang terhad di Arena Staples Center, manakala 6,500 tiket lagi untuk menyaksikannya menerusi siaran langsung di sebuah lagi panggung di bandar raya ini.

Promoter konsert, AEG yang memiliki Staples Center dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya kini sedang meneliti kemungkinan tiket berkenaan dicetak semula menerusi komputer atau wujud penipuan.

AEG bercadang menghantar emel selepas jam 11 pagi (1800 GMT) ini kepada mereka yang bertuah memperoleh tiket berkenaan yang semuanya diberi percuma.

Penganjur berkenaan berkata, pihaknya akan memilih secara rawak 8,750 peminat yang bertuah dengan setiap pemenang memperoleh dua tiket.

Pihak penganjur bagaimanapun meminta orang ramai dan peminat raja pop itu supaya menyaksikan upacara itu menerusi televisyen. - AFP

Thursday, July 2, 2009

Hasil otopsi MJ Mengerikan...




Media terbitan Inggris, The Sun, mendapat "bocoran" hasil otopsi jenazah sang legenda musik pop Michael Jackson."Rincian hasil otopsi yang mengerikan adalah penyanyi itu sebenarnya tinggal tulang --tidak ada makanan di perutnya kecuali pil - pil," tulis The Sun.

Paha, pinggul, dan di bahunya ada bekas tusukan jarum suntik - yang diyakini sebagai injeksi narkotika penghilang nyeri. Suntikan itu diberikan tiga kali sehari dan sudah berlangsung bertahun-tahun. Terdapat juga banyak bekas pembedahan yang kemungkinan adalah hasil dari 13 kali operasi kosmetik.

The Sun yang mengutip hasil otopsi itu menulis bahwa bintang dengan tinggi 5 kaki 10 inci (178,8cm) itu meninggal dalam keadaan "sangat kurus" yaitu sekitar 53 kg.Hasil otopsi juga menunjukkan sang bintang bisa dibilang tidak punya rambut lagi. Saat meninggal dia mengenakan wig dan tinggal sedikit helai rambut di kulit kepalanya.


Kulit kepala di atas telinga kirinya sudah benar-benar botak dan ada bekas luka. Kemungkinan luka itu akibat kecelakaan tahun 1984 ketika rambut Michael Jackson terbakar saat pembuatan film iklan untuk Pepsi.Di jenazah itu juga terdapat patah tulang rusuk, kemunginan akibat dadanya terus ditekan-tekan saat orang-orang berusaha menolongnya dari gagal jantung.

Ada empat bekas suntikan di sekitar jantung Jacko, julukan Michael Jackson. Kemungkinan suntikan itu berisi adrenalin yang diinjeksikan langsung ke jantung.Tiga suntikan itu menembus dinding jantung dan menyebabkan kerusakan. Satu suntikan lain meleset dan malah kena tulang rusuknya.

Ada lebam di lutut Michael Jackson dan di dua tulang keringnya. Otopsi tidak berhasil menemukan penyebab luka tersebut.Terdapat pula luka benda tajam di punggungnya yang merupakan indikasi dia baru jatuh."Raja musik pop" itu juga punya wajah yang penuh bekas sayatan bedah plastik.

Seorang sumber yang dekat dengan Jackson mengatakan "dia tinggal kulit dan tulang, rambutnya sudah rontok dan saat meninggal di perutnya tidak ada makanan dan hanya pil-pil. Bekas suntikan di seluruh tubuhnya serta kerusakan akibat bertahun-tahun bedah plastik menunjukkan bahwa dia sudah dalam tahap akhir kemerosotan."

"Dokter-dokternya dan orang-orang di sekelilingnya menjadikan Michel Jackson menghancurkan diri sendiri. Harus ada yang dimintai pertanggungjawaban." ant/rtr/kpo

Michael Jackson Sering Konsumsi Obat

LONDON -- Grace Rwaramba (42) menyingkap tabir kehidupan Michael Jackson yang dianggapnya tragis. Bekas pengasuh tiga anak penyanyi ternama ini, mengungkapkan dalam sehari ada delapan jenis obat berbeda yang dikonsumsi majikannya itu.

Rwaramba yang pada Sabtu (27/6) terbang dari London, Inggris ke Los Angeles, AS untuk menemui anak-anak yang pernah diasuhnya itu, mengatakan ada delapan obat dan tiga diantaranya adalah narkotik untuk pereda rasa nyeri.

Dalam bulan-bulan terakhir, Jacko diyakini berada dalam keputusasaan yang kian meningkat.''Saya harus memompa perutnya beberapa kali. Dia selalu mengonsumsi obat-obatan itu,'' kata Rwaramba seperti dikutip The Telegraph.

Rwaramba menambahkan, suatu kali kondisi Michael Jackson begitu buruk setelah mengonsumsi obat-obatan itu.''Ada suatu saat keadaanya begitu buruk hingga saya tak membiarkan anak-anak melihatnya,'' ungkapnya.

Jacko, kata Rwaramba, selalu makan sedikit dan banyak mengonsumsi obat. Kedatangan Rwaramba ke Los Angeles juga terkait dengan rencana penyelidik untuk menanyakan apakah ia mengatur obat-obatan yang dikonsumsi Jacko.

Terkait dengan obat-obatan ini, Rwaramba mengakui bahwa suatu saat ia pernah meminta ibu Jacko, Katherine Jackson dan kakaknya, Janet Jackson, untuk membujuk Jacko menghentikan kecanduannya itu.

Namun kemudian Jacko mengetahui hal itu dan menuduhnya sebagai pengkhianat. ''Dia tak mau mendengar,'' katanya. Ia berasal dari Rwanda dan telah bekerja pada Jacko lebih dari satu dekade. Kemudian berhenti pada Desember lalu.

Namun kemudian Rwaramba kembali lagi pada April lalu. Ia mengungkapkan saat ia kembali, Jacko dalam keadaan tak memiliki uang. Hingga Rwaramba harus membeli balon ulang tahun untuk salah satu anak Jacko dengan kartu kreditnya.

Secara terpisah, anak-anak Jacko yaitu Michael Joseph Jr (12), Paris Michael Katherine (11), dan Prince 'Blanket' Michael II (7) menyatakan ingin tinggal bersama neneknya, Katherine di rumah keluarga di Encino, California.

Katherine juga berupaya untuk mempertahankan dirinya bisa mengasuh mereka meski sejumlah kalangan mempertanyakan masa depan ketiga anak itu. Debbie Rowe, ibu dari dua anak pertama Jacko itu, juga berupaya mendapatkan hak asuh.

Menurut TMZ, situs Hollywood, mengklaim bahwa keluarga merasa bahwa Katherine dan suaminya, Joseph, merupakan orang-orang yang bisa membantu anak-anak itu mengerti tentang ayahnya.

Selain itu, Katherine dan suaminya juga diyakini bisa membantu anak-anak tersebut tumbuh.''Mereka tak memiliki hubungan dengan Debbi Rowe,'' demikian diungkapkan oleh TMZ. Rowe hanya sebentar bersama Jacko.

Profesor R. Richard Banks, seorang pakar hukum mdi Stanford, mengatakan Rowe merupakan orang yang berhak mendapatkan dua anak itu.''Dia memiliki hak hukum untuk mengasuh anaknya itu kecuali diketahui ia tak pantas menjadi seorang ibu.''

Sedangkan Stacey Brown, penulis buku Michael Jackson Behind the Mask, mengatakan bahwa Jacko ingin Grace Rwaramba, bekas pengasuh anak-anaknya itu, yang mengasuh anak-anaknya jika sesuatu terjadi pada dirinya.

Ketiga anak-anak itu diharapkan akan mewarisi harta kekayaan Jacko. Menurut seorang pengacara media, Mark Stephens, meski Jacko dikabarkan memiliki utang sebesar 500 juta dolar AS namun ia juga memiliki aset bernilai 1 miliar dolar AS.

Menurut Stephens aset itu disimpan dalam bentuk trust fund. Namun ia menyatakan pula kemungkinan para kreditor akan melayangkan tuntutan hukum agar trust fund itu bisa dicairkan dan mereke bisa mengaksesnya. fer/kpo

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru ( 16 Mei 2009)




Kepada semua warga pendidik di seluruh negara khususnya yang melayari Blog ini,saya ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU".

Semuga Allah SWT merahmati segala jasa dan pengorbanan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan beramal.

Kepada bekas guru saya didoakan panjang umur,murah rezeki dan berkat ilmu diamalkan.

Monday, April 13, 2009

kenduri potong jambul









1. Majlis ini diadakan di rumah orang tua saya

2. Kumpulan Yaasin perempuan menjayakan majlis ini.

3. Cuaca yang pada mulanya panas terik diikuti hujan yang lebat seakan merahmati majlis ini.

4.Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis yang amat bermakna ini.

5.Kelihatan isteri saya sedang mengampung anak.

6.Suasana ceria dan meriah tapi sederhana.

Wednesday, March 25, 2009

happy birthday....sayang...






selamat menyambut hari kelahirannya yang berumur genap 1 tahun semalam....happy besday to u...happy besday to norsafika....happy besday....to uuuuuuuuuuu......aminnnn.

Sunday, March 8, 2009

makan percuma ...abg leman dawi..cendol




1.Maaf lama tak menulis maklumlah ada sikit kesibukan sejak kebelakangan ini.

2.Saya baru balik dari port dickson lantas terlanjur lalu di seremban maka kami singgah di warung abg leman dawi yang baru2 ni gerainya masuk dalam majalah 3.

3.Peh memang saya tabik dengan abg leman ni yg dapat mengingati kapasiti pola penduduk setiap negeri,luas kawasan,nama asal dan pelbagai lagi.

4.Bukan senang nak senang dan bukan mudah untuk susah falsafah ini menjadi prinsip bagi abg.leman berniaga.

5.Bekas pesara tentera rsm sentiasa serius dalam menjalankan tugas seharian,di didik supaya jangan ketawa tapi apabila bersara sentiasa pandai membuat pelanggannya ketawa dan kelakar dengan sikapnya yang peramah.

6.untuk abg leman dawi saya tabik atas kesungguhannya berniaga,pandai mengambil hati pelanggan dan insyaallah jika panjang umur kita berjumpa lagi.

Saturday, January 24, 2009

Solat Gerhana Matahari 26 Jan 2009 Jam 04:30 ptg

" SOLAT GERHANA / BULAN / MATAHARI Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :
"إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama :

1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :

Sama seperti rakaat pertama.

NIAT SOLAT GERHANA

الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan

الكُسُوْف : Gerhana Matahari

أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.

Khutbah Khas Gerhana


MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala di dunia dan di akhirat.
Allah Subhanahu Wata'ala Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala kejadian. Dialah juga yang menjadikan apa yang ada di bumi seperti manusia, jin, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta menjadikan apa yang ada di langit seperti bulan, matahari dan sebagainya. Iaitu sebagai bukti keterangan yang nyata tentang kudrat, iradat, ilmu, kebijaksanaan serta pengurniaan nikmat dari Allah Subhanahu Wata'ala yang banyak dan luas yang mendorong supaya makhluk-Nya memuji dan bersyukur serta mengabdikan diri sebagai hamba dengan khusyuk dan tawaduk kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Umat Islam mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah Subhanahu Wata'ala pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala yang menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata'ala jua dan ia-Nya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri, Maha Suci Allah, Pentadbir seru sekalian alam.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim ayat 33, tafsirnya:
"Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu."
Sesungguhnya Allah menjadikan malam dan siang adalah sebagai tanda kekuasaan atau bukti kekuasaan-Nya, keduanya (malam dan siang) akan mengakibatkan perubahan dan perbezaan cuaca, masa dan waktu. Begitu juga dengan kejadian gerhana, adapun gerhana itu terbahagi kepada dua iaitu gerhana matahari dan bulan. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Subhanahu Wata'la melakukan-Nya.
Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah Subhanahu Wata'ala iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:
"Dari Abi Masuud Radiallahuanhu berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang, keduanya itu adalah bukti dari tanda-tanda kebesaran Allah Ta'ala. Maka apabila kamu melihat gerhana itu berdirilah, bersembahyang dan berdoalah kepada Allah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:
"Dari A'isyah Radiallahuanha ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Maka apabila kamu melihat gerhana itu lalu berdoalah kamu kepada Allah Ta'ala, serta berzikir, bersembahyang dan bersedekah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Oleh yang demikian, wahai kaum Muslimin, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan semasa berlakunya gerhana bulan ini untuk bersegera bertaubat atas segala dosa yang telah dilakukan, serta memperbanyakkan doa dan istighfar memohon keampunan ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala. Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambahkan dan menguatkan lagi keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 190 - 191, tafsirnya:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka."



SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I'tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I'tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I'tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

SEHUBUNGAN DENGAN ITU MASJID NEGARA AKAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI SEPERTI MANA BERIKUT :-

TARIKH

: 26 JANUARI 2009 BER. 29 MUHARRAM 1430 HIJRAH
MASA

: SELEPAS SOLAT ASAR
TEMPAT

: DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID NEGARA

ANDA BOLEH MEMBACA INFO LANJUT MENGENAI PERISTIWA GERHANA MATAHARI YANG AKAN BERLAKU INI DENGAN KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH :-

INFO GERHANA MATAHARI

SUMBER INFO : PLANETARIUM NEGARA, MALAYSIA.

Marilah kita sama-sama menghayati dan menginsafi kebesaran Allah s.w.t dalam mengatur alam ini. Selain dari panduan maklumat dari pakar-pakar astronomi mengenai kejadian ini, sewajibnya kita membetulkan akidah dan iktikad di dalam hati kita bahawa Allah s.w.t itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam mengatur dan menguruskan langit dan bumi dan segala isinya.

Mungkin ada sesuatu mesej di sebalik kejadian ini tanpa kita sedari. Maka sedarilah dan marilah kita sama-sama berfikir dan merenung sejenak dalam masa 24 jam yang kita ada setiap hari. Setiap saat yang berlalu menandakan usia kita semakin tua dan usia dunia juga lebih tua dari kita. Jika usia dunia amat sedikit maka usia kita teramat-amat sedikit dari usia dunia.

Marilah sama-sama kita menunaikan solat Asar secara berjemaah dan seterusnya mengerjakan solat sunat gerhana matahari (kusuf) di Masjid Negara. Datanglah beramai-ramai ke Masjid Negara pada 26 Januari 2009 (Isnin) !!!
"

Friday, January 23, 2009

Konspirasi Dajjal : Tugasan "Perang" Obama

Ini merupakan bahagian ke-2 siri "Perang Konspirasi Dajjal", di sini Penulis mendedahkan teori konspirasi tentang pemilihan Presiden baru Amerika Syarikat, Barrack Hussain Obama, Presiden kulit hitam pertama menduduki Rumah Putih. Para Pengamal Teori Konspirasi mendedahkan tentang wujudnya hubungan kuat antara Barrack Obama dengan kelompok pelobi zionis Israel atau lebih tepat lagi Pengamal Iluminati.

Mereka percaya, melalui ucapan & tindakannya menyentuh Israel, bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang pada masa hadapan.......

Oleh: IbnuYaccob

Fasa penyerahan tugasan Perang

Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas adalah suatu yang luar biasa. Ia bukanlah kerana Obama itu makhluk asing tetapi beliau ialah manusia kulit hitam pertama yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.

Kita amat hairan kerana rakyat Amerika selama ini amat dikenali dengan sikap perkauman warna kulit mereka. Tambahan pula sejak berlakunya kejadian 11 September 2001. Api perkauman menyemarak dengan pantas sehingga mengakibatkan berlakunya beberapa tragedi pembunuhan orang awam Muslim.

Namun begitu, ramai penganalisis politik dan sosio-budaya antarabangsa khususnya pensyarah-pensyarah universiti gemar membuat tanggapan positif. Kemenangan Obama banyak dikaitkan oleh penganalisis-penganalisis ini sebagai perubahan sikap perkauman rakyat Amerika.

Selain itu, kemenangan Obama juga dianggap sebagai petanda baik kepada masyarakat Muslim di barat. Dasar-dasar Amerika di Timur Tengah dan negara-negara Islam di Asia juga dijangka akan mengalami suhu yang positif.

Presiden Baru Dengan Misi Baru

Walau bagaimana pun, kami melihat perkembangan kemenangan ini dengan tanggapan yang berlainan. Sesungguhnya kami memandang negatif kepada setiap langkah politik Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat. Ini kerana tiada suatu pun perkara baik yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat semenjak ia ditubuhkan.

Perkara baik yang kami maksudkan ialah dasar-dasar terhadap negara Islam.

Conspiracy Theorist terkenal iaitu Texe Marrs pernah memberi komen pada awal kempen Demokrat bahawa kedua-dua parti (Republikan & Demokrat) adalah dari rumah yang sama iaitu Illuminati. Pendedahan tentang rahsia di sebalik kedua-dua parti ini diterangkan dengan teliti oleh Texe Marrs dalam ceramahnya yang bertajuk “The Synagogue of Satan and the Dancing Marionettes of the Democrat and Republican Party.”

Kami percaya Barrack Obama adalah percaturan beberapa kelompok pelobi zionis Israel yang sudah berbusut di Amerika sejak sekian lama. Kumpulan-kumpulan ini adalah pencatur, penganalisis, penyebar propaganda dan perancang bagi segala macam dasar di Amerika.

Biasanya kumpulan percaturan ini dikenali sebagai kelompok Neo-Konservatif. Mereka terdiri dari ramai orang dan pelbagai organisasi. Ahli-ahli mereka bekerja dalam keadaan yang sangat berfokus dan ianya dianggotai dari pelbagai jenis lapangan bidang ilmu.

Percaturan kumpulan Neo-Konservatif ini dijangka telah menemui capaian keputusan bersama bahawa Barrack Obama adalah individu paling layak menerima ‘tugasan baru’ selepas George Bush jika hendak dibandingkan dengan John McCain.

Sejarah Tugasan Presiden Amerika Terhadap Negara Islam

1. George H.W. Bush (1989 - 1993) - Perang Iraq (17 Januari 1990)
2. Bill Clinton (1993 - 2001) : Pengeboman Iraq (26 Jun 1993), Operasi Desert Strike (Sept 1996), Operasi Northern Watch (1 Januari 1997), Operasi Desert Fox (16 Disember 199 8) dan Operasi Southern Focus (Jun 2002)
3. George W. Bush (2001 - 200 8) : Perang Afghanistan (7 Oktober 2001) dan Perang Iraq (20 Mac 2003)

Daripada 3 orang presiden di atas, Bill Clinton adalah presiden paling tidak cemerlang dalam menjalankan operasi ‘menghentam’ Iraq. Operasi Desert Fox 1998 dianggap gagal dan Clinton dianggap gagal menjalankan ‘tugasan’ sebagai presiden Amerika.

Clinton dilihat hanya berjaya menjalankan operasi-operasi kecil ketenteraan sahaja. Kegagalan Bill Clinton diakui oleh bapa Neo-Konservatif Yahudi iaitu Dr. Henry Kessingger dalam satu temuramah dengan Margaret Warner pada 21 Disember 1998. Kessingger menyimpulkan Operasi Desert Fox itu sebagai gagal secara keseluruhan dalam menghapuskan Iraq.

Takrifan Tugasan Baru Obama

‘Tugasan baru’ yang dimaksudkan bukanlah portfolio-portfolio yang ditinggalkan oleh George Bush ketika menjadi presiden tetapi ia berupa bentuk misi sulit yang lebih kepada ‘terjahan’ kepada negara-negara Islam.

Misi Obama kali ini sudah pasti suatu bentuk peperangan versi baru yang terpaksa dipikulnya untuk kesinambungan tugasan kumpulan Neo-Konservatif yang bercabang di bawah organisasi Illuminati.

Tidak dapat dipastikan bagaimana peranan yang bakal dimainkan oleh Barrack Obama dalam perang konspirasi Dajjal nanti. Adakah Obama akan membawa Amerika sebagai negara penyokong dana sahaja atau memastikan Amerika juga terlibat sama dalam peperangan ini?

(Kiri) Timothy F. Geithner (Kanan) Richard S. Fuld

Kami percaya Obama adalah penyambung kepada tugasan yang diberikan pemerintah Illuminati kepada Timothy F. Geithner dan CEO Lehman Brohters, Richard S.Fuld.

Geithner dan Fuld telah dilihat berfungsi sebagai penyumbang modal kepada Israel manakala Obama dilihat sebagai pelindung kepada operasi Israel melalui penggunaan kuasa veto di PBB.

Obama dan Israel

Kita harus teliti dalam hal peranan sebenar Obama ini terhadap negara-negara Islam. Kemenangan Obama disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Israel dan akhbar-akhbar utama Israel pula mendefinasikan kemenangan tersebut sebagai‘kepulihan demokrasi kaum’ di Amerika.

Namun, negro ini kemungkinan lebih memberi ancaman kepada negara-negara Islam kerana tanda-tanda ancaman itu telah pun dijelaskan oleh Obama sendiri dalam ucapannya di persidangan AIPAC pada Jun lalu.

Dalam ucapannya Obama ada menyebut;

“….I want you to know that today I’ll be speaking from my heart and as a true friend of Israel.”

“Those who threaten Israel threaten us… I will bring to the White House an unshakable commitment to Israel’s security.”

“I will insure that Israel can defend itself from any threat from Gaza to Tehran. Defense cooperation, defense cooperation between the United States and Israel is a model of success and it must be deepened.”

“We should work - we should work with Israel, increasing scientific collaboration and join research and development. The surest way to increase our leverage in the long-term is to stop bankrolling the Iranian regime.”

(Gambar) Obama ketika melawat tembok suci Israel.

Operasi Perang Di Bawah Obama

Kami tidak yakin negro ini bersikap positif terhadap negara -negara Islam. Semasa di persidangan AIPAC pada Jun lepas sahaja, Obama telah menghentam Iran dengan keras dan ucapannya tentang Iran hampir meliputi 60% dari teks ucapan keseluruhan.

Operasi perang yang mungkin tercetus di bawah regim Obama kemungkinan bersifat perlindungan politik terhadap Israel. Ini berdasarkan undian online yang dibuat oleh akhbar Haaretz mendedahkan 47% pembaca akhbar Yahudi itu mahukan Obama mengeluarkan tentera Amerika dari Iraq.

Kita tidak boleh pandang ringan keputusan undian secara online ini. Walaupun sistem ini kecil tetapi ia menggambarkan suara hati pembaca dan pelayar internet.

Kita kemungkinan boleh mengetahui pengaruh sistem undian online ini selepas 20 Januari 2009 apabila Obama membentangkan polisi ketenteraannya ke atas Iraq.

Sekiranya askar Amerika dikeluarkan dari Iraq, merit Obama dikalangan pemimpin negara-negara Islam akan melambung tinggi. Merit yang tinggi adalah ‘kunci’ untuk Obama mempengaruhi pemimpin negara-negara Islam agar mengikat perjanjian-perjanjian politik palsu dengan Amerika kelak.

Timothy F.Geighner dan Barrack Obama

Dalam artikel lepas iaitu Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bahagian 1) telah kami terangkan bagaimana Geithner memainkan peranannya sebagai ‘penerima tugasan’. Kini kita lihat pula kenapa Geithner dan Obama dipilih untuk melaksanakan tugasan Illuminati itu.

Timothy F.Geithner (penggerak kejatuhan ekonomi dunia) adalah berketurunan Yahudi tulen dan pernah belajar di Sekolah Antarabangsa Bangkok. Semasa menuntut di Dartmouth Colleage, beliau mengambil pengkhususan dalam bidang Government and Asian Studies pada 1983.

Kemudian Geithner menyambung pula master di John Hopkhin Universitykhusus dalam bidang International Economics and East Asian Studies. Pengetahuan luas tentang ekonomi Asia yang dimiliki Geithner dilihat mencurigakan apabila beliau adalah orang pertama yang memutuskan mengadakan mesyuarat persediaan kejatuhan Lehman Brothers pada 13 September 2008.

Perlu kita ketahui juga Geithner adalah calon yang disebut-sebut akan menerajui sebagai Treasury Secretary dalam pentadbiran Obama kelak. Jika perlantikan Geithner kelak menjadi kenyataan, maka adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa Obama menerima ‘tugasan’ perang.

Penilaian yang kami buat ini merujuk kepada latar belakang Geithner sendiri yang merupakan anak didik Dr. Henry Kissengger. Selain itu, Geithner juga merupakan ahli pertubuhan Yahudi paling berpengaruh iaitu Council on Foreign Relationship dan Bilderberg Group.

Wallahu’alam

Thursday, January 22, 2009

Renungan bersama...

Adab Makan Rasulullah SAW

* Rasulullah SAW menyukai dlafaf � makanan yang banyak tangan memakannya
* Membaca doa yang bermaksud :- 慏engan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.�
* Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya � tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.

* Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
* Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
* Menyukai kueh faludzaj � ramuan � minyak samin, madu lebah, tepung gandum.
* Menyukai roti syair, mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.
* Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
* Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.
* Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya seperti benang mutiara.
* Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin � dua yang terbaik)
* Menggemari daging � penghulu makanan di dunia dan di akhirat � khasiat menguatkan pendengaran.
* Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan labu � akan menguatkan hati orang yang berduka
* Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)
* Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke mulutnya dan menggigitnya.
* Menyukai roti dengan minyak samin.
* Menggemari daging kambing � bahagian lengan dan bahu
* Kurma madinah (al-ajwah � berasal dari syurga) � penawar racun dan sihir - adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.
* Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa�/ar-rajlah.
* Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah, hempedu dll.
* Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)
* Tidak pernah mencela makanan � kalau disukai, dimakan � kalau tidak disukai, ditinggalkan.
* Tidak menggemari dhab.
* Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya � makanan yang penghabisan banyak barakahnya.
* Menjilat sisa makanan pada anak jari � yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
* Selesai makan � dibaca 慡egala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya�
* Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
* Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.
* Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
* Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
* Pemalu dalam perihal makan � tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum � tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/minuman.

(Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumiddin � Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazaly dll sumber pelbagai )

Thursday, January 15, 2009

Boikot...Israel dan Sekutunya...

Mungkin ini siri ulangan, tp konsisten dlm memperingati

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika.


1) Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

2) Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC
Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite , Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel . Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel .

3) Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

4) Syarikat : Disney
Produk : Disneyland , Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem

Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel . Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.


5) Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Fakta : Syarikat kain terbesar Israel . Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

6) Syarikat : Nokia

Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik

Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL .

7) Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut

Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette

Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel , Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel . Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson

Produk : Kesihatan.

Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

9) Syarikat : Revlon

Produk : Kosmetik

Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel .

10) Syarikat : AOL Time Warner

Produk : Media Elektronik dan Cetak

Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30%
daripada portfolio keuntungan di Israel . Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.


11) Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel . Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

12) Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy , Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel . Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

13) Syarikat : Intel

Produk : Perkakasan computer

Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel . Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

14) Syarikat : Est. Lauder

Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Fakta : Pengerusinya Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika
Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel .

15) Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel

16) Syarikat : Kimberly-Clark

Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

17) Syarikat : Procter and Gamble

Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax , Palmolive, Tahiti , Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen ?Dazs Ben & Jerry? CAMPBELL Kellogg? Canderel Levis Raid Heinz

Fikirlah secara logik disaat anda tidak mampu mengangkat senjata ke medan jihad..

inilah yang mampu kita lakukan selain dengan selemah-lemah iman di hati sahaja berkata...